suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua beranak dihanyutkan arus deras ketika cuci pakaian di sungai... Ibu ditemukan lemas, anak 4 tahun masih hilang

Penduduk kampung membawa keluar jasad Puri yang lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Bekacak. -Foto Kompas/BPBD Kabupaten Pasuruan

SEORANG wanita lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mencuci pakaian di tepi sungai, dalam kejadian pada petang Sabtu. 

Jasad Puri Rahayu Arinta, 40, ditemukan tidak jauh dari lokasinya tergelincir selepas penduduk kampung melakukan operasi pencarian. 

Bagaimanapun, anak perempuan mangsa, Feli, 4, yang turut sama dihanyutkan arus masih belum ditemukan.

Kejadian berlaku apabila mangsa bersama beberapa penduduk lain mencuci pakaian di tebing Sungai Bekacak, Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur.

Difahamkan mangsa tergelincir ketika cuba menyelamatkan diri apabila arus sungai tiba-tiba deras akibat peningkatan aliran air dari kawasan hulu.

Ketua Pelaksana Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Pasuruan, Sugeng Hariadi berkata, penduduk yang menyedari kejadian itu segera berusaha menyelamatkan kedua-dua mangsa yang dihanyutkan arus.

Usaha pencarian dilakukan di sepanjang tebing sungai sebelum jasad wanita itu ditemukan di kawasan Empangan Bekacak dalam keadaan tidak bernyawa.

"Mayat Puri ditemukan di Empangan Bekacak sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga. Bagaimanapun, anaknya, Feli, masih belum ditemukan," katanya.

Seorang lagi anak mangsa, M. Malik Zen, 7, terselamat kerana tidak berada di tebing sungai.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan membabitkan pasukan gabungan BPBD Kabupaten Pasuruan, pihak polis serta sukarelawan penduduk setempat.

Pasukan penyelamat menjalankan pencarian di beberapa lokasi sepanjang aliran Sungai Bekacak dengan mengambil kira keadaan arus deras serta faktor keselamatan anggota yang terlibat. -Agensi

Artikel Lain