SEORANG wakil rakyat didakwa menyentuh seorang pelajar perempuan dengan memegang lengan ketika menaiki bas awam pada Selasa.Dakwaan itu timbul selepas rakaman video yang tular memaparkan seorang lelaki berusia 70 tahun berbual dengan dua pelajar perempuan ketika menaiki bas percuma yang disedikakan untuk wanita. Dalam rakaman berkenaan, lelaki itu dilihat memegang tangan salah seorang pelajar ketika mereka berbual.Pelajar terbabit memberitahu bahawa mereka sudah menggunakan perkhidmatan bas kerajaan berkenaan sejak setahun lalu dan berjaya menjimatkan perbelanjaan tahunan merekaKejadian dilaporkan berlaku di Bonguluru, India.Pemimpin Bharat Rashtra Samithi (BRS), R S Praveen Kumar, kemudian mempersoalkan tindakan berkenaan dan mendakwa ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan terhadap wanita.Beliau turut menggesa Suruhanjaya Wanita Telangana memanggil wakil rakyat berkenaan selepas mendapatkan pandangan undang-undang.Wakil rakyat yang terlibat, Malreddy Ranga Reddy, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ibrahimpatnam.Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan berkata interaksinya dengan pelajar terbabit dilakukan atas dasar kasih sayang seperti seorang bapa.Menurutnya, beliau menaiki bas berkenaan selepas menghadiri mesyuarat di pejabat Pemungut Daerah.Beliau berkata, ketika berada di dalam bas, beberapa pelajar perempuan meminta supaya lebih banyak bas disediakan berikutan kesesakan penumpang.Ranga Reddy mendakwa rakaman ketika bas sedang membelok itu telah disalah tafsir oleh BRS di media sosial.Beliau turut menegaskan bahawa dirinya menghormati wanita.-Agensi