PROSES pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 secara rasmi berakhir pada jam 6 petang Sabtu (14 November) selepas kesemua 240 pusat mengundi biasa yang merangkumi 1,213 saluran di seluruh negeri ditutup.Menurut papan pemuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 6.05 petang, sebanyak 70.59 peratus atau lebih 472,377 daripada keseluruhan 669,211 pengundi biasa telah menunaikan tanggungjawab mereka. Secara keseluruhan, PRN kali ini melibatkan 675,166 pengundi biasa, termasuk 5,955 pengundi pos.Tumpuan kini terarah kepada keputusan pilihan raya bagi menentukan 28 daripada 79 calon yang bertanding berjaya memperoleh mandat rakyat.Dalam PRN kali ini, Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan jumlah calon tertinggi iaitu 24 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 23 calon, Parti Bersama Malaysia (16), Bersatu (tujuh), Perikatan Nasional (PN) (lima), Parti Pribumi Perkasa Malaysia (satu) serta tiga calon Bebas.PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 pada 23 September lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.Pada PRN Melaka ke-15 yang berlangsung pada 20 November 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional pula dua kerusi.[KEMASKINI TERKINI]6.00: Kesemua 240 pusat mengundi ditutup pada pukul 6 petang, proses pengiraan undi bermula.4.30 petang: Kesemua 32 kertas siasatan yang dibuka susulan 42 laporan polis berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.4.00 petang: Peratusan keluar mengundi mencecah 66.02 peratus setakat pukul 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).3.30 petang: Peratusan keluar mengundi setakat pukul 3.30 petang ialah 62.54 peratus, menurut SPR.1.40 petang: Peratusan keluar mengundi meningkat kepada 48.13 peratus setakat pukul 1 petang, membabitkan seramai 322,072 pengundi.11.50 pagi: Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, peratusan keluar mengundi bagi PRN Melaka meningkat kepada 31.07 peratus setakat pukul 11.25 pagi.11.00 pagi: Nur Nayli Tee Hui Sin, 34, yang merupakan pengundi cacat penglihatan memuji bantuan disediakan SPR di pusat mengundinya, selain menyifatkan proses membuang undi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.10.30 pagi: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama isterinya, Datin Seri Zuriyah Ab Aziz selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah bagi kerusi DUN Tanjung Bidara.10 pagi: Sebanyak 17.96 peratus pengundi keluar mengundi setakat pukul 10 pagi.Helmy (kiri) bersama Nadarajah (kanan) bergambar sambil menunjukkan isyarat jari selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Melaka.9.13 pagi: Calon BN Duyong bertemu calon GadekCalon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem bergambar bersama calon Gadek, S. Nadarajah selepas calon berkenaan selesai mengundi di pusat mengundi SK Seri Duyong.Rohani tampil dengan pakaian tradisional lengkap bersarung kain pelikat dan bertengkolok ketika hadir mengundi di Duyong.9.12 pagi: Pengundi tampil dengan pakaian tradisionalRohani Ahmad Darus, 72, mencuri perhatian apabila hadir mengundi di Duyong dengan mengenakan kain sarung dan tengkolok sebagai usaha mengekalkan warisan budaya Melayu agar tidak ditelan zaman.Pesara Lembaga Letrik Negara itu sudah menjadikan pakaian tradisional sebagai identiti dirinya sejak 20 tahun lalu.9 pagi: Sebanyak 9.24 peratus atau 61,854 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab setakat pukul 9 pagi.Adam Adli menunjukkan jari yang dicalit dakwat selepas selesai membuang undi.8.59 pagi: Adam Adli selesai mengundiTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim menunjukkan jari yang dicalit dakwat selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Demang Hussin, Bukit Katil.8.49 pagi: Pengundi berkerusi roda tersalah pusat mengundiSeorang pengundi berkerusi roda tersilap hadir ke pusat mengundi di SJKC Malim sebelum dimaklumkan bahawa dia sepatutnya membuang undi di pusat mengundi berhampiran bagi kerusi DUN Kesidang.Anggota polis turut menjalankan tugas bagi memastikan kelancaran proses untuk mengundi.8.13 pagi: Polis bantu warga emas menunggu giliran mengundiSeorang anggota polis dilihat membantu mengarahkan warga emas ke tempat duduk yang disediakan di luar Saluran 1, SJKC Malim sementara menunggu giliran untuk membuang undi.8 pagi: 240 pusat mengundi dibukaSebanyak 240 pusat mengundi di seluruh Melaka mula beroperasi seawal pukul 8 pagi dengan keadaan cuaca baik.Seramai 687,697 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).7.40 pagi: Pengundi mula beratur sebelum pusat mengundi dibukaPengundi dilihat mula beratur di luar SJK(C) Yu Hwa, Pengkalan Batu bagi menunggu pintu pagar sekolah dibuka sebelum memulakan proses pengundian.