Faktor keletihan boleh menjadi punca individu boros berbelanja terutamanya di platform atas talian. -Gambar hiasan AI
MEMBELI-BELAH secara dalam talian kini semakin menjadi kegilaan ramai ekoran tawaran murah dengan penjimatan berganda.Namun, masalah sering kali berlaku apabila niat asal sekadar mahu melihat, bertukar menjadi pembelian yang tidak dirancang sehingga menyebabkan wang dibelanjakan untuk perkara tidak sepatutnya. Hal itu turut dikongsikan perunding kewangan dan simpanan emas, Ain Najwa menerusi hantaran di laman Threads.Jelasnya, dari sudut psikologi ia dikenali sebagai decision fatigue bila mana seseorang itu terlalu letih untuk berfikir dan cenderung membeli barangan tidak perlu.Berikut merupakan langkah yang boleh membantu mengawal perbelanjaan khususnya pembelian boros di platform atas talian.Pembelian atas talian boleh menjurus isu pembaziran jika tidak dikawal.1. Tetapkan bajet perbelanjaan harianAntara langkah boleh dilakukan ialah menetapkan had perbelanjaan untuk perkara yang kerap dilakukan seperti makan di luar, minuman kopi atau membeli-belah.Sebagai contoh, seseorang boleh memperuntukkan RM200 sebulan untuk kategori perbelanjaan tertentu mengikut kemampuan kewangan masing-masing.2. Elak membeli-belah ketika penatMenurutnya, individu mudah terpengaruh dengan barangan menarik ketika melayari aplikasi beli-belah, terutama pada lewat malam.Ketika berada dalam keadaan letih, seseorang mungkin kurang bersedia untuk menilai sama ada sesuatu barangan itu benar-benar diperlukan atau sekadar tertarik dengan tawaran promosi.3. Simpanan automatikIndividu disarankan untuk menetapkan pemindahan wang secara automatik ke akaun simpanan, menyediakan senarai barangan sebelum membeli barang dapur dan menentukan bajet makan di luar.Sekiranya perancangan dibuat lebih awal, tiada keperluan untuk membeli barangan secara atas talian terutamanya hal melibatkan bajet besar seperti makanan dan barangan dapur.